Monday, October 7, 2013

Randomness

Can I?


Can I free myself from this hectic for a while? 
Can I run from these "sucks" for a moment?
Can I show you that I'm free? 
Can I show that I'm fine?
Though I'm not.

Can I tell you that I damn hate those things--sarcastic words
Can you understand myself a bit? 
Can you reside me in your heart a moment?
B'cause I'm not rigid--my heart
As this heart of mine yell when you scream 

Can I tell you that my life is mine?
And can you tolerate it with a genuine heart?
And can you give myself a hide-out? 
B'cause I'm in pain--my heart,
As this heart of mine yearns for a freed

Can I tell Him about this?
Yeah, sure I can
Can I surrender this soul eternally to Him by now?
Can He receive it warmly by now--in this condition?
B'cause only Him knows me, not you
He never "see" me like you.

Please, excuse me from this hatred because I'm the drawer of myself--not you 

Wednesday, June 19, 2013

Lepaskan semua kerana Dia :')

Assalamualaikum, semoga setiap jiwa dilimpahi dgn rahmat dan kurniaNya yang tak terhingga.

Mesti semua orang pernah merasai saat hilang sesuatu yang disayangi kan? Sama juga seperti saya tapi tak perlulah dinyatakan disini kerana agak banyak pula rasanya kot :)

Okey. Bila dah kehilangan sesuatu mesti kita sedih sangat kan. Iya lah sudah hilang sesuatu yang sangat disayangi dan mungkin juga sudah dibayangkan untuk diperoleh. Dok termimpi-mimpi dah mungkin. Sudah berbagai-bagai ikhtiar dan usaha dilakukan semata-mata untuk meraih perkara tersebut. Namun, perkara atau benda atau mungkin juga seseorang itu tidak mampu menjadi milik kita. Redhalah. Sungguh, walaupun seribu tahun menunggu, seribu cara dicuba tetap tak mampu mengubah apa yang sudah sedia tertulis untuk kita. Sebabnya? Sebab Allah yang lebih berhak menentukan hidup kita. Siapa kita untuk menentukan hidup kita sendiri? Siapa kita nak menolak takdirNya? Ingat... Kita hanyalah HAMBANYA yang kerdil dan hina. Tidak punya apa-apa.

"Mereka merancang, Allah juga merancang. Sungguh, Allahlah sebaik-baik Perancang" 
(3:54)

So, wake up! No need for us to grieve upon what we lost as Allah has prepared something better and sweeter for us without us knowing it then. And I'm feeling it now. Seriously :') Sangat tak dapat diucap dengan kata-kata. Indeed, Allah replaces the "good" with "better". As what we always hear, ALLAH KNOWS BEST. Yeah! Seek His blessings and Rahmah ;D That's what we really wanna have, right? We still have a looooooonggg way to go. So, yeah! Let's go!



P/S: Never give up on Allah's love and Rahmah for you. He's Ar-Rahman :')
                         

Friday, April 5, 2013

ENGKAULAH DIA...

Assalamualaikum w.b.t. Malam ini saya masih belum mahu menyambung cerpen "Usah Risau dan Runsing-Part 1" yang lepas sebaliknya suka untuk menulis sajak ini. Harap baik sahaja semuanya :)


Senyumku mekar tatkala melihat mentari,
Deru angin seakan mengerti perasaan hati, 
Ku diusapnya tenang,
Terbuai, lembut.
Tatkala itu juga DIA muncul, 
Bersama cahayanya.

Kini terang tambah silau,
Namun mataku kaku, 
Tegar menahannya,
DIA juga ampuh, tak bisa berganjak,
Aku kewalahan,
Sedang DIA masih di situ tamsilan magnet kedu.

Terkadang gusar menyapaku,
"Apakah DIA masih bisa di situ?"
Lantas hati pun berbisik, 
"DIA wiramu, DIA laskarmu!"
Ya, DIA atmaku.
Sedang ENGKAU belum tahu,
Kerna ENGKAULAH DIA. 

~hakcipta terpelihara~ -NA-

Thursday, April 4, 2013

Usah risau dan runsing ;)

"Kau janganlah risau sangat, Dhia'. InsyaAllah nanti akan ada."

"Tapi aku masih jugak takut. Aku takut aku saja yang tertunggu-tunggu macam ni ha." sambil gaya tangannya menunjukkan mukanya yang kelat itu.

"InsyaAllah, tak lah Dhia'!". Sambil tangannya pantas mencuit pipi Dhia'

Dhia' kembali diam setelah mendengar kata-kata yang terpacul keluar daripada mulut kawan baiknya itu, Adibafaiqah. Bukannya mahu dia bersikap sedemikian, namun dek kerana hatinya yang gundah gulana, sedih, risau, runsing, semuanya bergabung menjadi satu! Allah. Sungguh sukar baginya yang masih muda itu. Tubuh terasa sangat lemah sejak hari itu. Hari yang sukar digambarkan; suka bercampur duka, tangis bercampur tawa. Oh! Tiada siapa yang mengerti.

"Semacam tiada iman sahaja kau ni, Dhia'. Kenapa sampai macam ni sekali kau harus bimbang. Sedangkan kau sedia tahu Allah yang menetapkan semua, Dia yang menentukan segala. Apa lagi yang kau mahu komen? Apa lagi yang kau ingin ubah? Semuanya di luar bidang kuasa kau!" Getus hatinya.

" Dhia'! Dhia'! Tengok! Aku baru sahaja cakap tadi, dah mula balik angin kuskus kau ni. Ya Allah, Dhia' could you please stop it for a while? It's not my way to see you like this lah." Adibafaiqah sedikit menggoncang tubuh kaku itu.

"Aku okay lah, Fa-i. Kau ni janganlah risau sangat. Cuma aku tengah fikir ni." Dhia' kembali bersuara agak datar.

" Okay ke macam tu? Diam. Termenung. Aku yang penat tengok kau macam ni tahu tak? Istighfar, Dhia'. Istighfar banyak-banyak." 

Tanpa disedari titisan jernih berderai ke pipi. Dhia', gadis yang bertudung labuh, mulus itu. Sungguh, dia tidak dapat menahan lagi. Dia sudah lelah menyeka semua. Dia kini telah tewas dengan ulah perasaan yang datang secara tiba-tiba bagai ombak menderu ke pantai. Datang membawa cengkerang, lalu tinggalkan sahaja di gigi pantai. Matanya panas tidak mampu ditahan lagi sedang badan masih kaku, tegak di situ. Sudah tidak dihiraukan lagi jelingan mata-mata akhawat yang lalu di situ. Mana tidaknya, duduk di tengah-tengah alam, memang tidak sahlah kalau tidak dilihat mereka kan! Ah! Biarkan sahaja.

"Dhia'! Aku minta maaf kalau apa yang aku cakapkan tadi menyinggung perasaan kau. Aku tak bermaksud nak buat kau menangis. I'm really sorry." Sambil sebelah tangannya merangkul bahu sahabatnya itu. Mengusap lembut. 

"Tak. Kau tak salah langsung pun dengan aku. Aku yang terlalu lemah untuk hadapi semua ni. Kadang-kadang aku rasa aku ni hanya pandai bagi nasihat kat orang lain. Tapi diri sendiri pun fail! MasyaAllah. But truly, this is not what I want, Fa-i. Trust me." 

"Ya, I know. Sangat. Aku tak pernah berada dalam kondisi kau, macam sekarang ni. Tapi aku dapat rasa yang susahnya kau nak bertarung dengan semua ni. Aku cuma boleh cakap yang walaupun satu hari nanti, kau tak ditakdirkan untuk bersama dengan dia, jangan pernah menganggap yang dia telah tipu kau, jangan juga pernah menyalahkan takdir. Kau tahu tak, kau tu comel, solehah, insyaAllah, pasti ada yang terbaik untuk kau. Tapi buat masa sekarang ni banyakkan berdoa. Doa tu senjata mukmin kan? Doa penghubung kau dengan Dia. Dia yang aturkan semua, Dia yang berikan segala. Jadi, buat apa bersedih tanpa doa padaNya, bukan? Kalau memang jodoh kau dengan dia kuat, insyaAllah korang berdua pasti bersama. Aku doakan korang jugak. Just follow His flow, okay. Just follow His flow." 


Bersambung.....


Friday, February 22, 2013

My life here! :D

Assalamualaikum. Semoga semua jiwa diberi ketenangan dan masih tunduk menyembah Dia yang satu. InsyaAllah =)

Sudah lama juga blog ini tidak diupdate gara-gara terlalu sibuk menerjah alam baru di universiti. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kaki ini dijejakkan di universiti ini untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Bahasa dan Kesusasteraan Arab) *macam bajet nak bagitahu pula sampai highlight! Uh! tapi bukan niat untuk riak. Sekadar berkongsi sedikit profil diri*

Pertama kali menjejakkan kaki di universiti ini, sudah tentulah saya sedikit gementar. Phew! Mana tidaknya, bagasi yang besar gedabak itu perlu diangkat naik ke tingkat 4 mahallah. Sudahlah sebelum itu "Bagasi Comel" (saya suka untuk bahasakannya sedemikian rupa) telah saya tarik dari satu mahallah yang agak jauh dari mahallah tempat tinggal saya, Mahallah Asiah. Ini disebabkan saya menumpang tidur di bilik junior yang tinggal di mahallah berkenaan untuk mendaftar keesokan paginya. Allahu robbi, penatnya tak terkata! Sungguh! Saya tak bohong! Selepas itu pula bukanlah masa untuk saya berehat kerana saya dan rakan-rakan yang baru mendaftar perlu mengikuti "Ta'aruf Week" (minggu orientasi) universiti yang saya sifatkan agak berat untuk saya. Tiada masa senggang untuk berehat dan "lepaking" dengan kawan-kawan. Oh, tidak sama sekali! Sehinggakan segelintir rakan saya mengatakan minggu ini sebagai "Minggu Penyeksaan"  Oooppss! =_='

Tapi minggu tersebut terasa singkat dan lebih bermakna dengan adanya rakan-rakan yang menceriakan suasana saya di sini. Terima kasih, sahabat! Uhibbukunna ilal jannah! :')

Ainus, saya dan Ummu! :D *sempat lagi kami bergambar sebelum ke program 

Saya dan Ummu, kawan baik saya! :D

Ya, saya! ;D

Ummu lagi! *that's her favourite to take photo  <3 br="">

Ummu, Kak Aisyah dan Ramizah :)

Selesai Ta'aruf Week, kami "berjimba". Oopps! *sekadar exaggeration!

Our mosque here. IIUM Mosque! Amazing right? ;)

Ummu and me. We support Palestine and Syria  Liberation! Allahuakbar!

Me again! Yo! :D *muka balik kelas*


Sekarang sudah masuk hampir sebulan saya di sini, semuanya baik-baik sahaja! Awesome yet still there's a lot  of work to do and that's why it is updated only for today! Haha. But that's life somehow.


Monday, October 1, 2012

Sungguh, Dia tahu.. :')

بسم الله الرحمن الرحيم


Saya berharap setiap jiwa yang dikurniakan nikmat iman dan Islam masih bernafas semata-mata keranaNya... InsyaAllah. Juga berharap semoga setiap dari kita yang masih bernafas sedaya mungkin menghambakan diri padaNya.. Ameenn. :') Setelah agak lama mendiamkan diri, hari ini dengan sedikit kelapangan yang ada, terasa terlalu ingin sekali jari-jari ini menari di atas papan kekunci laptop. bukanlah apa, sekadar ingin mencurahkan sedikit luahan perasaan dari insan kerdil yang serba kekurangan.

Hari ini waktu bersarapan di kafe di mahallah (asrama dalam bahasa arab), saya tiba-tiba terlihat seorang lelaki berussia dalam lingkungan lewat 60-an saya kira berjalan dengan perlahan melintasi meja tempat saya duduk. Kebetulan pagi ini saya bersarapan seorang diri kerana hajat di hati untuk terus ke perpustakaan, dapatlah saya meneliti pak cik tersebut. Sungguh, saya terasa. Hati ini secara spontan teringatkan abah yang telah pergi. Pak cik tersebut kelihatannya terketar-ketar sebelah tangannya seolah-olah. Terasa ingin sahaja saya bangun dan membantunya. Sejurus selepas itu juga, anaknya datang untuk membantunya yang terketar-ketar untuk mengambil pinggan dan mencedok makanan.


Waktu itu juga, air mata ini tidak mampu lagi diseka daripada mengalir. Entah mengapa, mungkin kerana terlalu teringatkan abah. Abah sentiasa dalam hati saya walau apa pun yang berlaku. Abah, you'll always be in my heart no matter where I go, or who I'm with. InsyaAllah.. Memori bersama Abah sentiasa melekat di ingatan. Alangkah berbahagianya abah sekiranya dia masih ada sekarang dengan apa yang saya kecapi sekarang. Dulu, saya selalu berharap untuk membahagiakan abah sedaya upaya saya. Namun, harapan hanya tinggal harapan. Allah lebih sayangkan abah. Allah tahu setiap apa yang termampu untuk kita tanggung.

p/s: hargailah ibu bapa anda ketika hayatnya kerana setelah mereka pergi, pergilah jua doa yang sentiasa mengiringi kita. Sungguh, hanya Dia yang tahu...
~setiap amalan ikhlas keranaNya.. :')




Saturday, June 23, 2012

Bersyukurlah.. :')

Assalamualaikum..

Semoga setiap jiwa dilimpahkan ketenangan dan sakinah daripadaNya yang Maha Satu.

Hari ini sudah genap seminggu saya dan rakan-rakan di sini. Suasananya masih seperti biasa. Keadaannya klisye. Sama seperti sem-sem lepas. Namun apa yang agak membezakannya hanyalah "kesesakan" dalam kawasannya dek kerana pertambahan bilangan pelajar baru sesi ini. Sungguh.. Tapi Alhamdulillah segalanya terkawal bagi saya.

Hari ini juga sudah genap setahun 2 bulan Abah pergi. Walaupun durasi masa itu mungkin sudah agak lama tapi saya masih terkenangkan Abah. Masakan saya lupa Abah yang selalu ada dulu dengan saya, yang selalu menghantar mengambil saya ke sekolah, yang sanggup berkorban untuk saya, saya masih ingat dan akan terus ingat. InsyaAllah..

Hari ini juga kerana seorang mak cik yang saya temui di pasaraya tadi, membuatkan saya benar-benar terharu dan merasakan erti "syukur" yang sebenar. Ceritanya bermula apabila saya melihat dia dan anaknya berkomunikasi dengan "handphone"! Dalam keadaan orang yang tidak terlalu ramai, sudah pastilah saya dapat meneliti dan membelek setiap segi dan ceruk wajah dan keadaan mak cik itu.

Sungguh, saya tidak pernah melihat di depan mata saya keadaan seperti itu. Mak cik itu menggunakan kemudahan sistem 3G untuk berbicara dengan anaknya. Apabila mendengarnya mungkin kalian akan berfikir  yang saya ini mungkin ketinggalan zaman. Masalahnya sekarang saya bukannya ketinggalan zaman dalam arus modenisasi sebaliknya ketinggalan zaman dalam mengecap erti sebenar syukur seperti apa yang telah saya cakapkan. Mungkin mudah dan enteng untuk saya dan mungkin kalian mengucapkan kata syukur, tapi bisakah kita merasakannya dengan sebenar-benarnya? Saya rasa tidak.


Mak cik yang merupakan seorang insan kelainan upaya yang bisu berbicara dengan anaknya menggunakan "handphone"! Siapa yang tidak terkejut, bukan? Dua beranak itu kelihatan sangat gembira dan seakan dalam dunia mereka sendiri. Yang si ibunya sangat bersemangat menggerak-gerakkan tangannya untuk melakukan bahasa isyarat tanpa menghiraukan dia dipandang oleh mereka yang lalu-lalang di situ termasuklah saya, begitu juga dengan si anak yang kelihatannya sungguh bahagia berborak dengan ibunya. Subhanallah!

Saat itu juga air mata saya diseka perlahan tanpa mampu disedari oleh dua rakan baik saya. Mereka juga terpegun dan tertarik dengan keadaan "luar biasa" itu seakan ada magnet yang menarik kami untuk terus melihatnya. Dia saya tinggalkan dalam keadaan penuh sayu mengenangkan mak di kampung lantas tangan  menyeluk saku mencapai "handphone".

p/s: Bersyukurlah atas apa yang telah diberi kerana masakan Allah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Ada hikmah di sebalik semuanya. Saya sangat bersyukur kerana masih mempunyai seorang ibu yang sempurna keadaan fizikalnya bukanlah seperti mak cik itu juga walaupun tanpa abah di sisi. Saya bersyukur. Sangat sangat. :')


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...