Sunday, April 8, 2012

setitis budi.. :)

Assalamualaikum.. semoga setiap jiwa diberkati Allah s.w.t. hendaknya, moga tiap satunya bisa menjadi cerminan jati diri yang ampuh keranaNya.. insyaAllah.

bukanlah post saya kali ini untuk mengagumi sesiapa tetapi hanya sekadar mengungkapkan apresiasi saya terhadap seorang hambaNya. Sama seperti saya, hamba yang serba kekurangan jika dibandingkan dengan Dia yang Maha segala zatnya.

hari itu, berlalu seperti biasa. saya dan dua orang rakan baik saya mengikuti kelas study circle yang diwajibkan untuk setiap pelajar di pusat asasi ipt kami. study circle lebih bercorak "usrah" atau dalam bahasa mudahnya, perbincangan agama.

Petang itu, seusai study circle dan solat zuhur, kami bertiga pun memulakan perjalanan ke Mid Valley. Ah, seakan jauh sangat rupanya perjalanan kami.

Walhal, perjalanan dari tempat kami ke situ hanyalah mengambil masa lebih kurang 10 ke 15 minit. Mana tidaknya, hari itu hujan turun sangat lebat. Seolah-olah tidak mengizinkan kami pergi. Haha.. Aku bersama Wani dan Amalina menunggu sementara hujan reda.

Alhamdulillah.. Hujan berhenti dan kami pun bergerak ke sana. Setibanya kami di sana, saya pun bergegas untuk membayar bil broadband saya yang sudah tertunggak 2 bulan. Hehe.. sehinggakan diberi amaran untuk ditamatkan perkhidmatan.

Bukanlah tidak mahu membayar, tetapi asyik lupa sahaja. Maklumlah, manusia memang sudah lumrah. MasyaAllah.. Mak pun agak berang bila saya memberitahu akan hal tersebut. Sebenanya saya tidaklah mahu membuat mak risau akan hal-hal yang berkaitan dengan saya.

Namun, bila memikirkan kesan yang lebih besar yang akan dihadapi. Baik diberitahu. Benarlah pepatah Arab ada diakatakan, "berkatalah yang benar walaupun pahit". Pahit itu hanya seketika. Sungguh.

Hati mana yang tidak risau bila memikirkan keadaan mak yang tinggal bersendirian setalah abah tiada. Hanya aku sahajalah yang diharapnya. Sudahlah tiada adik beradik lain. Hanya saya.

Baiklah, tutup cerita tu. Nanti sedih pula. :) Kami keluar agak lewat dari Mid Valley memandangkan kami sampai pun sudah agak lewat. Tapi, alhamdulillah kami hanya terpaksa menunggu selama lebih kurang 10 minit bas yang perlu dinaiki. Malah mugkin kurang.

Perkara yang tak mungkin saya lupakan dalam hidup. Saya fikir mereka berdua juga. Tambang bas ialah RM 1.90 untuk setiap seorang daripada kami. Jika dikira, tambang keseluruhan untuk kami bertiga ialah RM 5.70.

Namun, bayangkan waktu itu, kami bertiga hanya mempunyai not RM10. Lebih memeranjatkan bila drebar bas sendiri tidak mempunyai duit baki. Jadi, kami bertiga mengambil keputusan untuk menunggu bas seterusnya. Mungkin, ada duit bakinya.

Tiba-tiba, datang seorang remaja lelaki menghulurkan duit RM 6 kepada kami. Pada mulanya, kami teragak-agak untuk mengambilnya. Sudah tentulah banyak perkara dan asbab yang bermain dalam fikiran kami waktu itu.

Namun, memandangkan kesungguhannya untuk membantu kami. Saya pun mencapai duit tersebut. Alhamdulillah, kami pun sampai di tempat kami dengan keadaan yang selamat. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. hanya itu sahajalah perkataan yang asyik keluar dari mulut saya sepanjang perjalanan pulang ke mahallah.

Allah s.w.t. juga lah yang menggerakkan hati dia untuk membantu kami. Saya dan kawan-kawan sangat bersyukur.

P/s : buat saudara yang berkenaan, syukran 'ala kulli haal.. semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan. insyaAllah... tidak lupa juga buat diri sendiri, persiapkan diri awak sebaik-baiknya untuk sebarang kemungkinan. Semoga perkara ini menjadi ibrah buat saya dan semua.

May Allah bless everyone of us. Assalamualaikum.. :)

2 comments:

RI said...

Satu perkongsian yang baik. Alhamdulillah. Benarlah, niat yang baik akan mempermudahkan urusan kita. Insha-Allah. Allah itu Maha Mendengar. Teruskan usaha saudari dalam menyebarkan kebaikan. Semoga usaha kecil ini dapat membantu kita di akhirat kelak. Yang penting, ikhlas.

Qhoirun Nisak Abu Bakar said...

insyaAllah.. terima kasih atas sokongan yg membina kiranya. moga kita sama2 dpt mengimarahkan bumiNya dengan tersebarnya kebaikan. Syukran jazilan 'ala kulli haal. Allahu yubarik fik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...