Wednesday, March 21, 2012

sungguh, aku rindu!

assalamualaikum...

hari ini, saya ingat lagi semua tu. semua kisah sedih yang berlaku kepada saya hari itu.. hari ini semua adik-adik yg mengambil SPM tentunya mempunyai 1001 kisah suka dan duka yg ingin dikongsi sesama sendiri. ada yg menangis, ada yg ketawa, ada yg menangis dalam kegembiraan, ada yg menangis dalam kesedihan. Mungkin bagi yg menangis kerana kesedihan, sungguh, kita sama, dik. Tapi duka tu takkan kekal lama sekiranya kita yakin Allah itu tidak pernah menganugerahkan sesuatu kepada kita dengan sia-sia. Dia juga tidak pernah memberi sesuatu kepada kita sekiranya kita tidak mampu untuk menghadapinya.

hari ini jugak saya terlalu sedih kerana rasa kegembiraan mungkin atau mungkin juga kesedihan, siapa tahu oleh seseorang yg pernah bergelar adik, adik yg pernah saya sayang, yg dulunya makan sekali, minum sekali. dik, sungguh aku rindu saat itu. saat kau dan aku masih bersama. kita membesar bersama.. oh, aku sangat rindu! air mata ini tak dapat aku seka daripada terus mengalir di pipi. mungkin, bukan salahmu dik. salah mereka. dan mugkin juga bukan salah mereka, tapi Allah yg menentukan segala.

namun, dik apa yg bisa aku sampaikan, aku sayang kau kerana Allah. walaupun kau tak lagi menganggap aku sebagai kakakmu tapi ketahuilah bahawa kau selalu adikku. adik yg aku kenal dulu. sungguh, aku sayang.. sayang kau kerana Allah! :') aku tak pernah berharap kau akan membalas sayangku. cukuplah aku berkongsi kegembiraan dan merasai kesedihanmu. cuma satu yg aku ingin kau tahu, aku ingin kau lebih dari aku. lebih dari aku. aku ingin kau lebih berjaya daripada aku. hanya doa yg mampu menjadi pengubat rindu aku kepadamu, dik. it doesn't matter where you go, you'll always be my adik.. :)

Life Quotes, Life Quote Graphics, Life Sayings
p/s: sekadar perkongsian hati. untuk "adik" yg diingati selalu. kak long sayang kau. kau tak pernah luput dari ingatan kak long. benar, kau selalu ada sebagai adik kak long. :') if you get an excellent result, i wish you a lot of congrats! but if you're not, it's ok, dik. be strong! it's not the end of the world. i know you can do it!! insyaAllah.. may Allah bless all souls and hearts. ameen..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...