Saturday, June 23, 2012

Bersyukurlah.. :')

Assalamualaikum..

Semoga setiap jiwa dilimpahkan ketenangan dan sakinah daripadaNya yang Maha Satu.

Hari ini sudah genap seminggu saya dan rakan-rakan di sini. Suasananya masih seperti biasa. Keadaannya klisye. Sama seperti sem-sem lepas. Namun apa yang agak membezakannya hanyalah "kesesakan" dalam kawasannya dek kerana pertambahan bilangan pelajar baru sesi ini. Sungguh.. Tapi Alhamdulillah segalanya terkawal bagi saya.

Hari ini juga sudah genap setahun 2 bulan Abah pergi. Walaupun durasi masa itu mungkin sudah agak lama tapi saya masih terkenangkan Abah. Masakan saya lupa Abah yang selalu ada dulu dengan saya, yang selalu menghantar mengambil saya ke sekolah, yang sanggup berkorban untuk saya, saya masih ingat dan akan terus ingat. InsyaAllah..

Hari ini juga kerana seorang mak cik yang saya temui di pasaraya tadi, membuatkan saya benar-benar terharu dan merasakan erti "syukur" yang sebenar. Ceritanya bermula apabila saya melihat dia dan anaknya berkomunikasi dengan "handphone"! Dalam keadaan orang yang tidak terlalu ramai, sudah pastilah saya dapat meneliti dan membelek setiap segi dan ceruk wajah dan keadaan mak cik itu.

Sungguh, saya tidak pernah melihat di depan mata saya keadaan seperti itu. Mak cik itu menggunakan kemudahan sistem 3G untuk berbicara dengan anaknya. Apabila mendengarnya mungkin kalian akan berfikir  yang saya ini mungkin ketinggalan zaman. Masalahnya sekarang saya bukannya ketinggalan zaman dalam arus modenisasi sebaliknya ketinggalan zaman dalam mengecap erti sebenar syukur seperti apa yang telah saya cakapkan. Mungkin mudah dan enteng untuk saya dan mungkin kalian mengucapkan kata syukur, tapi bisakah kita merasakannya dengan sebenar-benarnya? Saya rasa tidak.


Mak cik yang merupakan seorang insan kelainan upaya yang bisu berbicara dengan anaknya menggunakan "handphone"! Siapa yang tidak terkejut, bukan? Dua beranak itu kelihatan sangat gembira dan seakan dalam dunia mereka sendiri. Yang si ibunya sangat bersemangat menggerak-gerakkan tangannya untuk melakukan bahasa isyarat tanpa menghiraukan dia dipandang oleh mereka yang lalu-lalang di situ termasuklah saya, begitu juga dengan si anak yang kelihatannya sungguh bahagia berborak dengan ibunya. Subhanallah!

Saat itu juga air mata saya diseka perlahan tanpa mampu disedari oleh dua rakan baik saya. Mereka juga terpegun dan tertarik dengan keadaan "luar biasa" itu seakan ada magnet yang menarik kami untuk terus melihatnya. Dia saya tinggalkan dalam keadaan penuh sayu mengenangkan mak di kampung lantas tangan  menyeluk saku mencapai "handphone".

p/s: Bersyukurlah atas apa yang telah diberi kerana masakan Allah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Ada hikmah di sebalik semuanya. Saya sangat bersyukur kerana masih mempunyai seorang ibu yang sempurna keadaan fizikalnya bukanlah seperti mak cik itu juga walaupun tanpa abah di sisi. Saya bersyukur. Sangat sangat. :')


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...