بسم الله الرحمن الرحيم
Saya berharap setiap jiwa yang dikurniakan nikmat iman dan Islam masih bernafas semata-mata keranaNya... InsyaAllah. Juga berharap semoga setiap dari kita yang masih bernafas sedaya mungkin menghambakan diri padaNya.. Ameenn. :') Setelah agak lama mendiamkan diri, hari ini dengan sedikit kelapangan yang ada, terasa terlalu ingin sekali jari-jari ini menari di atas papan kekunci laptop. bukanlah apa, sekadar ingin mencurahkan sedikit luahan perasaan dari insan kerdil yang serba kekurangan.
Hari ini waktu bersarapan di kafe di mahallah (asrama dalam bahasa arab), saya tiba-tiba terlihat seorang lelaki berussia dalam lingkungan lewat 60-an saya kira berjalan dengan perlahan melintasi meja tempat saya duduk. Kebetulan pagi ini saya bersarapan seorang diri kerana hajat di hati untuk terus ke perpustakaan, dapatlah saya meneliti pak cik tersebut. Sungguh, saya terasa. Hati ini secara spontan teringatkan abah yang telah pergi. Pak cik tersebut kelihatannya terketar-ketar sebelah tangannya seolah-olah. Terasa ingin sahaja saya bangun dan membantunya. Sejurus selepas itu juga, anaknya datang untuk membantunya yang terketar-ketar untuk mengambil pinggan dan mencedok makanan.
p/s: hargailah ibu bapa anda ketika hayatnya kerana setelah mereka pergi, pergilah jua doa yang sentiasa mengiringi kita. Sungguh, hanya Dia yang tahu...
~setiap amalan ikhlas keranaNya.. :')
No comments:
Post a Comment