Thursday, April 4, 2013

Usah risau dan runsing ;)

"Kau janganlah risau sangat, Dhia'. InsyaAllah nanti akan ada."

"Tapi aku masih jugak takut. Aku takut aku saja yang tertunggu-tunggu macam ni ha." sambil gaya tangannya menunjukkan mukanya yang kelat itu.

"InsyaAllah, tak lah Dhia'!". Sambil tangannya pantas mencuit pipi Dhia'

Dhia' kembali diam setelah mendengar kata-kata yang terpacul keluar daripada mulut kawan baiknya itu, Adibafaiqah. Bukannya mahu dia bersikap sedemikian, namun dek kerana hatinya yang gundah gulana, sedih, risau, runsing, semuanya bergabung menjadi satu! Allah. Sungguh sukar baginya yang masih muda itu. Tubuh terasa sangat lemah sejak hari itu. Hari yang sukar digambarkan; suka bercampur duka, tangis bercampur tawa. Oh! Tiada siapa yang mengerti.

"Semacam tiada iman sahaja kau ni, Dhia'. Kenapa sampai macam ni sekali kau harus bimbang. Sedangkan kau sedia tahu Allah yang menetapkan semua, Dia yang menentukan segala. Apa lagi yang kau mahu komen? Apa lagi yang kau ingin ubah? Semuanya di luar bidang kuasa kau!" Getus hatinya.

" Dhia'! Dhia'! Tengok! Aku baru sahaja cakap tadi, dah mula balik angin kuskus kau ni. Ya Allah, Dhia' could you please stop it for a while? It's not my way to see you like this lah." Adibafaiqah sedikit menggoncang tubuh kaku itu.

"Aku okay lah, Fa-i. Kau ni janganlah risau sangat. Cuma aku tengah fikir ni." Dhia' kembali bersuara agak datar.

" Okay ke macam tu? Diam. Termenung. Aku yang penat tengok kau macam ni tahu tak? Istighfar, Dhia'. Istighfar banyak-banyak." 

Tanpa disedari titisan jernih berderai ke pipi. Dhia', gadis yang bertudung labuh, mulus itu. Sungguh, dia tidak dapat menahan lagi. Dia sudah lelah menyeka semua. Dia kini telah tewas dengan ulah perasaan yang datang secara tiba-tiba bagai ombak menderu ke pantai. Datang membawa cengkerang, lalu tinggalkan sahaja di gigi pantai. Matanya panas tidak mampu ditahan lagi sedang badan masih kaku, tegak di situ. Sudah tidak dihiraukan lagi jelingan mata-mata akhawat yang lalu di situ. Mana tidaknya, duduk di tengah-tengah alam, memang tidak sahlah kalau tidak dilihat mereka kan! Ah! Biarkan sahaja.

"Dhia'! Aku minta maaf kalau apa yang aku cakapkan tadi menyinggung perasaan kau. Aku tak bermaksud nak buat kau menangis. I'm really sorry." Sambil sebelah tangannya merangkul bahu sahabatnya itu. Mengusap lembut. 

"Tak. Kau tak salah langsung pun dengan aku. Aku yang terlalu lemah untuk hadapi semua ni. Kadang-kadang aku rasa aku ni hanya pandai bagi nasihat kat orang lain. Tapi diri sendiri pun fail! MasyaAllah. But truly, this is not what I want, Fa-i. Trust me." 

"Ya, I know. Sangat. Aku tak pernah berada dalam kondisi kau, macam sekarang ni. Tapi aku dapat rasa yang susahnya kau nak bertarung dengan semua ni. Aku cuma boleh cakap yang walaupun satu hari nanti, kau tak ditakdirkan untuk bersama dengan dia, jangan pernah menganggap yang dia telah tipu kau, jangan juga pernah menyalahkan takdir. Kau tahu tak, kau tu comel, solehah, insyaAllah, pasti ada yang terbaik untuk kau. Tapi buat masa sekarang ni banyakkan berdoa. Doa tu senjata mukmin kan? Doa penghubung kau dengan Dia. Dia yang aturkan semua, Dia yang berikan segala. Jadi, buat apa bersedih tanpa doa padaNya, bukan? Kalau memang jodoh kau dengan dia kuat, insyaAllah korang berdua pasti bersama. Aku doakan korang jugak. Just follow His flow, okay. Just follow His flow." 


Bersambung.....


3 comments:

Addin Aisyah said...

daebak ! tak sabar nak menanti episod seterusnya. :)

Qhoirun Nisak Abu Bakar said...

Tunggulah nanti pabila tangan mengayun laju ;)

Nur said...

You wrote this??? SubhanaAllah. Do make a beneficial malay novel n insyaAllah l'll be the first one to buy your book. Hehe. Love, Hanisah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...