Sunday, April 8, 2012

setitis budi.. :)

Assalamualaikum.. semoga setiap jiwa diberkati Allah s.w.t. hendaknya, moga tiap satunya bisa menjadi cerminan jati diri yang ampuh keranaNya.. insyaAllah.

bukanlah post saya kali ini untuk mengagumi sesiapa tetapi hanya sekadar mengungkapkan apresiasi saya terhadap seorang hambaNya. Sama seperti saya, hamba yang serba kekurangan jika dibandingkan dengan Dia yang Maha segala zatnya.

hari itu, berlalu seperti biasa. saya dan dua orang rakan baik saya mengikuti kelas study circle yang diwajibkan untuk setiap pelajar di pusat asasi ipt kami. study circle lebih bercorak "usrah" atau dalam bahasa mudahnya, perbincangan agama.

Petang itu, seusai study circle dan solat zuhur, kami bertiga pun memulakan perjalanan ke Mid Valley. Ah, seakan jauh sangat rupanya perjalanan kami.

Walhal, perjalanan dari tempat kami ke situ hanyalah mengambil masa lebih kurang 10 ke 15 minit. Mana tidaknya, hari itu hujan turun sangat lebat. Seolah-olah tidak mengizinkan kami pergi. Haha.. Aku bersama Wani dan Amalina menunggu sementara hujan reda.

Alhamdulillah.. Hujan berhenti dan kami pun bergerak ke sana. Setibanya kami di sana, saya pun bergegas untuk membayar bil broadband saya yang sudah tertunggak 2 bulan. Hehe.. sehinggakan diberi amaran untuk ditamatkan perkhidmatan.

Bukanlah tidak mahu membayar, tetapi asyik lupa sahaja. Maklumlah, manusia memang sudah lumrah. MasyaAllah.. Mak pun agak berang bila saya memberitahu akan hal tersebut. Sebenanya saya tidaklah mahu membuat mak risau akan hal-hal yang berkaitan dengan saya.

Namun, bila memikirkan kesan yang lebih besar yang akan dihadapi. Baik diberitahu. Benarlah pepatah Arab ada diakatakan, "berkatalah yang benar walaupun pahit". Pahit itu hanya seketika. Sungguh.

Hati mana yang tidak risau bila memikirkan keadaan mak yang tinggal bersendirian setalah abah tiada. Hanya aku sahajalah yang diharapnya. Sudahlah tiada adik beradik lain. Hanya saya.

Baiklah, tutup cerita tu. Nanti sedih pula. :) Kami keluar agak lewat dari Mid Valley memandangkan kami sampai pun sudah agak lewat. Tapi, alhamdulillah kami hanya terpaksa menunggu selama lebih kurang 10 minit bas yang perlu dinaiki. Malah mugkin kurang.

Perkara yang tak mungkin saya lupakan dalam hidup. Saya fikir mereka berdua juga. Tambang bas ialah RM 1.90 untuk setiap seorang daripada kami. Jika dikira, tambang keseluruhan untuk kami bertiga ialah RM 5.70.

Namun, bayangkan waktu itu, kami bertiga hanya mempunyai not RM10. Lebih memeranjatkan bila drebar bas sendiri tidak mempunyai duit baki. Jadi, kami bertiga mengambil keputusan untuk menunggu bas seterusnya. Mungkin, ada duit bakinya.

Tiba-tiba, datang seorang remaja lelaki menghulurkan duit RM 6 kepada kami. Pada mulanya, kami teragak-agak untuk mengambilnya. Sudah tentulah banyak perkara dan asbab yang bermain dalam fikiran kami waktu itu.

Namun, memandangkan kesungguhannya untuk membantu kami. Saya pun mencapai duit tersebut. Alhamdulillah, kami pun sampai di tempat kami dengan keadaan yang selamat. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. hanya itu sahajalah perkataan yang asyik keluar dari mulut saya sepanjang perjalanan pulang ke mahallah.

Allah s.w.t. juga lah yang menggerakkan hati dia untuk membantu kami. Saya dan kawan-kawan sangat bersyukur.

P/s : buat saudara yang berkenaan, syukran 'ala kulli haal.. semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan. insyaAllah... tidak lupa juga buat diri sendiri, persiapkan diri awak sebaik-baiknya untuk sebarang kemungkinan. Semoga perkara ini menjadi ibrah buat saya dan semua.

May Allah bless everyone of us. Assalamualaikum.. :)

Wednesday, March 21, 2012

sungguh, aku rindu!

assalamualaikum...

hari ini, saya ingat lagi semua tu. semua kisah sedih yang berlaku kepada saya hari itu.. hari ini semua adik-adik yg mengambil SPM tentunya mempunyai 1001 kisah suka dan duka yg ingin dikongsi sesama sendiri. ada yg menangis, ada yg ketawa, ada yg menangis dalam kegembiraan, ada yg menangis dalam kesedihan. Mungkin bagi yg menangis kerana kesedihan, sungguh, kita sama, dik. Tapi duka tu takkan kekal lama sekiranya kita yakin Allah itu tidak pernah menganugerahkan sesuatu kepada kita dengan sia-sia. Dia juga tidak pernah memberi sesuatu kepada kita sekiranya kita tidak mampu untuk menghadapinya.

hari ini jugak saya terlalu sedih kerana rasa kegembiraan mungkin atau mungkin juga kesedihan, siapa tahu oleh seseorang yg pernah bergelar adik, adik yg pernah saya sayang, yg dulunya makan sekali, minum sekali. dik, sungguh aku rindu saat itu. saat kau dan aku masih bersama. kita membesar bersama.. oh, aku sangat rindu! air mata ini tak dapat aku seka daripada terus mengalir di pipi. mungkin, bukan salahmu dik. salah mereka. dan mugkin juga bukan salah mereka, tapi Allah yg menentukan segala.

namun, dik apa yg bisa aku sampaikan, aku sayang kau kerana Allah. walaupun kau tak lagi menganggap aku sebagai kakakmu tapi ketahuilah bahawa kau selalu adikku. adik yg aku kenal dulu. sungguh, aku sayang.. sayang kau kerana Allah! :') aku tak pernah berharap kau akan membalas sayangku. cukuplah aku berkongsi kegembiraan dan merasai kesedihanmu. cuma satu yg aku ingin kau tahu, aku ingin kau lebih dari aku. lebih dari aku. aku ingin kau lebih berjaya daripada aku. hanya doa yg mampu menjadi pengubat rindu aku kepadamu, dik. it doesn't matter where you go, you'll always be my adik.. :)

Life Quotes, Life Quote Graphics, Life Sayings
p/s: sekadar perkongsian hati. untuk "adik" yg diingati selalu. kak long sayang kau. kau tak pernah luput dari ingatan kak long. benar, kau selalu ada sebagai adik kak long. :') if you get an excellent result, i wish you a lot of congrats! but if you're not, it's ok, dik. be strong! it's not the end of the world. i know you can do it!! insyaAllah.. may Allah bless all souls and hearts. ameen..

Saturday, March 17, 2012

ADA YANG SAMA.. =)


Assalamualaikum.. semoga semua jiwa dirahmati Allah s.w.t. hendaknya..

apa yang membuatkan saya menulis kali ini bukanlah kerana ingin menceritakan perihal hidup sesiapa hanya sekadar perkongsian, sedikit perkongsian ilmu. bukanlah ingin menujuk-nunjuk tentang kehebatan diri sesiapa samaada yg masih bernafas mahupun yg telah kembali kepadaNya.

sekarang banyak saya lihat post dan cerita2 dalam laman facebook begitu juga daripada kenalan-kenalan dan rakan-rakan mengenai kisah2 perkahwinan. perkara ini seakan-akan "trend" remaja zaman sekarang. jadi, saya pun mengambil sedikit ruang untuk menulis serba sedikit tentang perkara ini.


saya fikir semua wanita ingin seperti Khadijah yang menjadi wanita yg sangat beruntung kerana dipilih oleh Allah untuk menjadi pendamping, teman dan wanita yg paling disayangi oleh Rasulullah, kekasih Allah yg paling istimewa. begitu juga saya. teringin sepertinya walaupun bukanlah semulinya. namun, tetap berusaha menjadi bakal isteri yg solehah.. [insyaAllah! tp belum lg ade calonnye. =)]

sewaktu Rasulullah dilamar oleh Khadijah, Khadijah merupakan seorang janda kaya di Mekah sedangkan Rasulullah hanyalah seorang pemuda yg sederhana (ketika itu Rasulullah belum diutus menjadi Rasul)dan tinggal bersama bapa saudaranya, Abu Talib. ketika rombongan Khadijah datang untuk melamar Rasulullah, Abu Talib yg menjadi wakil kepada Rasulullah berkata: "sesungguhnya tiadalah setara jika dibandingkan Muhammad dgn Khadijah yg merupakan wanita terkaya di Mekah" semua terdiam. kemudian, dia kembali berkata, "namun, ada yg sama(sekufu) antara mereka berdua, Khadijah merupakan wanita yg kaya dengan harta kecantikan manakala Muhammad pula kaya dengan akhlak dan budi. oleh itu, maka nikahkanlah mereka. "

p/s: kepada kaum adam di luar yg merasakan mempunyai kekurangan yg mungkin menyebabkan dirinya membatalkan niat untuk memperiisterikan seorang wanita yg dirasakan "lebih" berbanding dirinya. Ketahuilah sesungguhnya "ada yg sama" yg mampu menjadi pelengkap antara kalian. =)

Saturday, December 10, 2011

CINTA BETUL KE TIDAK PART 2 + MAUT

Assalamualaikum..

Sudah sekian lama tidak update blog ni.. baru dpt mood nak update. :)

cinta betul ke tidak

post saya kali ni nak sambung tentang cinta.. post kali ni jugak special dedicated to akak Izzati Rahim sebab dia dah sudi dengar masalah saya dan turut memberi nasihat berguna, insyaAllah... thanks a lot, akak. Allahu yubarik fiki. :)

ok, saya nak kongsi satu cerita.. dan saya rasa ramai yg dah tahu pasal cerita cinta ni. Bukanlah citra cinta yg biasa bahkan luar biasa bagi saya sendiri sehinggakan sampai sekarang saya masih ingt.

cerita ni mengenai Saidatina Fatimah iaitu puteri kesayangan Rasulullah s.a.w.. Saidatina Fatimah telah berkahwin dengan Saidina Ali iaitu sepupu Rasulullah s.a.w. yg paling rapat dengan baginda sehinggakan beliau digelar "gedung ilmu" oleh Rasulullah dek kerana keakrabannya dengan Rasulullah..

Jadi, begini ceritanya.. setelah Saidatina Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali, Saidina Fatimah pun berkata kepada Saidina Ali..

" tahukah engkau suamiku, aku pernah mencintai seorang lelaki sebelum engkau menikahiku ?"

" Siapakah lelaki tersebut ?", Saidina Ali bertanya kepada isterinya.

" Lelaki itu adalah engkau, wahai suamiku".

Begitulah cinta mereka berdua. Tulus dan ikhlas tanpa pernah diungkap dengan kata-kata. Terpendam jauh di lubuk hati. Mengapa ? kerana mereka tahu Allah telah menetapkan jodoh yg terbaik buat mereka dan jodoh mereka berdua sememangnya telah tertulis di luh mahfuz! betapa hebatnya cinta mereka ! Subhanallah ! sehinggakan syaitan juga tidak mengetahui akan perasaan cinta Fatimah kepada Ali. Lalu, punahlah harapan syaitan utk membuat kacau bilau. Ah! ;)

Saya masih ingat akan bait-bait terakhir dalam cerpen
karangan saudara Aiman Azlan yg bertajuk Cinta SMS,
" bila cinta itu halal, lain rasanya..." sungguh menangkap hati sesiapa yg membacanya.
so, apa pun yg kita lakukan perlulah berpaksikan syariat Allah.. Ya Allah, jgnlah cintaku kepada makhluk dan dunia ini melebihi cintaku padaMu.. ameen.


maut


MAUT...
semua org pastinya merasai maut seperti apa yg telah disebut di dalam Al-Quran,

كل نفس ذائقة الموت

"setiap yg bernyawa pasti akan melalui mati yakni maut..."
namun, sudah cukupkah bekalan kita utk ke sana ?

cuba fikirkan sejenak tentang hadis ini..

Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud

"dan roh org yg beriman itu ditarik dengan perlahan-lahan sebagaimana air yg mengalir keluar dari bejana, manakala roh org yg tidak beriman pula disentap dan direntap seperti besi pembakar daging yg melekat pada bulu yg basah. "
tentu sakit bukan ? nauzubillah min zalik..

sudah tentulah kita ingin menjadi hamba Allah yg beriman dan bertakwa. No one wants to be fooled by the pleasant of this world.

so, let's think bout this together. insyaAllah we'll get the answer. Allah will surely grants His Mercy to those His servants who seek for His forgiveness.



~setiap amalan ikhlas keranaNya..


Wednesday, August 3, 2011

habis madu, sepah dibuang...

hari ni, hari ke 3 kita dlm bulan Ramadhan yg penuh berkat ni..tp walaupun br hari ke 3, aku dh diuji utk melihat sejauh mana kesabaran aku..aku sedih, tp aku redha..

aku sendiri x faham kenapa la org suka buat mcm ni..
bila nk guna kita, dtg kat kita, tp bila dh x nk guna kita, buang mcm tu je..
kenapalah susah sgt nk ucap terima kasih atas ap yg org dh tlog????
berat sgt ke mulut tu??
jgnkn nk ckp terima kasih, marah lg..
sepatutnya dlm keadaan mcm ni..siapa yg patut dimarah..

mesti org yg "berkenaan" akan ckp:entahlah..nk ckp pun x tahu..
itu shj jwpan yg mampu diberikan..
aku pun pelik jgk..tp aku rasa lega lepas dpt post benda ni..dan aku harap org tu pun akan sedar klu dia bca post aku kali ni..

p/s: insyaAllah..jika kita sabar, Allah bersama kita...segala salah silap dan terkasar bahasa mohon dimaafkan..:)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK....SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI SINAR BARU DLM HIDUP KITA..AMIIN..


Saturday, July 23, 2011

NOW I KNOW..

ONLY NOW I KNOW HOW IT FEELS WHEN YOU'RE ALONE..
THEN, YOU'LL HAVE TO DO EVERYTHING ON YOUR OWN...

IF I COULD GO BACK TO THE PASTS...............

Saturday, March 12, 2011

CINTA:BETUL KE TIDAK?(PART 1)

salamullahialaikum...:)

cinta allah Pictures, Images and Photos

kali ni ak cam ad mood plak nk ckp psl topik ni..which is ap lg kan,cinta...ok,asal ckp cinta je mesti everyone yg bc post ni fikir pasal 'couple','awek','gewe','bf','gf' dan mcm2 lg pnggilan untuk org tersyg la kononnya.. hempa rsa cinta yg tu betul2 ikut ap yg Al-Quran dan hadis ajaq kat kia ke?

tp kita sedar ke x yg kita sebenarnya bercinta dgn cara atau langkah yg salh iaitu kita tidak bercinta mengikut tertib yg betul..cuba bygkan klu kita buat satu benda tu x ikut step by step ap yg akn jdi?mest benda tu x jdi kan?sma la jgk dlm kondisi ni..cinta mmg satu anugerah yg x ternilai drpd Allah..tp kenap cinta yg hadir dlm hati kita ni kita halakan kat lain?

ok,everybody must be wonderin ap plak tertib yg dy ni ckp kan?tertib yg aku maksudkan tu ialah:

1.cinta kepada Allah iaitu yg menciptakan kita serta cinta yg kita rasa tu...
2.cinta kpd Rasulullah..
3.cinta kepada agama kita which is Islam,no other..
4.cinta kepada i/bp
5.cinta kpd diri sendiri
6.cinta kpd org len..

Cinta Pada Allah Pictures, Images and Photos

tertib ni la yg ak mksdkan..but do we follow this sequence proprly?aku tahu mesti kita semua termsuk ak pon akn ckp..."aku mmg cinta kat Allah,Rasulullah,mak ayh aku.."kan?tp seblum tu setakat ckp di mulut sj x cukup..it's all bout ur heart..time hempa ckp camtu,hati hempa ckp ap?betol ke hati hempa pon ckp benda yg sma keluaq dri mulut hempa?di mulut semua org bleh ckp macam tu..tp dlm hati only Allah knows..

so, ap yg perlu kita buat skrg?kita kena ttpkan hati kita utk cintakan 5 yg ats tu dulu sblum kita cintakan yg ke 6..sbb ap?sbbnya ak mmg gerenti klu kita cinta kat yg 5 tu mesti kita dh x ingt yg 5 ats tu kan22??x pyh tipu la..mmg kita ni manusia sll lupa..sllnya ap yg kita tgk klu org yg couple?ok,ak bg contoh..sorang laki ni bercinta dgn sorang perempuan..depa ni mmg bleh kta psgn merpati 2 sejoli la ni kan..sedaq x bila depa laki ni bercinta dgn perempuan ni,dy sebenaqnya dh main kayu tiga..hempa semua mesti plik sbb ap ak ckp dia dh main kayu tiga?dia bknnya ad makwe lain pon..sorang tu je..dia sebenaqnya mmg dh main kayu tiga dgn Allah s.w.t.ibaratnya..ok,klu laki ni mmg main kayu tiga dgn sorang perempuan lain,perempuan ni mesti marah sgt2 kan?tp ap yg dpt kita fikirkan ttg ap yg dilakukan trhdap Allah s.w.t. or lbih tepat cinta dia kpd Allah..

Allah yg lebih berhak mnerima cinta drpd makhluk-Nya..sbb Dia yg menciptkan cinta tu..untuk hamba-hambaNya..
tp kenapa cinta kpd makhluk tu kpd makhluk lain melebihi cinta kpdNya..hempa rsa adil ke ap yg jdi ni?adil ke utk Allah?sdgkan Allah bersifat Maha Adil kpd semua makhlukNya..pernah ke Allah minta hadiah drpd kita utk ap yg Allah dh bg kat kita?x pernah kan?tp cubala tgk klu kat manusia,x abis-abis dok ungkit tu je la benda yg sikit yg dia buat utk kita..so, x ckp lg ke ap yg Allah bg kat kita ni utk kita cinta balik kat Allah dgn sbnr-bnr cinta sbgmn cinta yg Allah bg kat kita yg mmg x ternilai..

jd renung-renungkan la ye?bknla aku nk ckp yg kita x boleh bercinta,tp pastikan cinta tu dihalakan kpd yg lbih berhak..ok..aku cm menjalnkn tgs aku sbg da'ie yg walaupun x bnyk yg ak sumbg,sikit pon jd la drpd x de lgsung..inshaAllah..:)

salamullahialaikum...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...