Saturday, December 10, 2011

CINTA BETUL KE TIDAK PART 2 + MAUT

Assalamualaikum..

Sudah sekian lama tidak update blog ni.. baru dpt mood nak update. :)

cinta betul ke tidak

post saya kali ni nak sambung tentang cinta.. post kali ni jugak special dedicated to akak Izzati Rahim sebab dia dah sudi dengar masalah saya dan turut memberi nasihat berguna, insyaAllah... thanks a lot, akak. Allahu yubarik fiki. :)

ok, saya nak kongsi satu cerita.. dan saya rasa ramai yg dah tahu pasal cerita cinta ni. Bukanlah citra cinta yg biasa bahkan luar biasa bagi saya sendiri sehinggakan sampai sekarang saya masih ingt.

cerita ni mengenai Saidatina Fatimah iaitu puteri kesayangan Rasulullah s.a.w.. Saidatina Fatimah telah berkahwin dengan Saidina Ali iaitu sepupu Rasulullah s.a.w. yg paling rapat dengan baginda sehinggakan beliau digelar "gedung ilmu" oleh Rasulullah dek kerana keakrabannya dengan Rasulullah..

Jadi, begini ceritanya.. setelah Saidatina Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali, Saidina Fatimah pun berkata kepada Saidina Ali..

" tahukah engkau suamiku, aku pernah mencintai seorang lelaki sebelum engkau menikahiku ?"

" Siapakah lelaki tersebut ?", Saidina Ali bertanya kepada isterinya.

" Lelaki itu adalah engkau, wahai suamiku".

Begitulah cinta mereka berdua. Tulus dan ikhlas tanpa pernah diungkap dengan kata-kata. Terpendam jauh di lubuk hati. Mengapa ? kerana mereka tahu Allah telah menetapkan jodoh yg terbaik buat mereka dan jodoh mereka berdua sememangnya telah tertulis di luh mahfuz! betapa hebatnya cinta mereka ! Subhanallah ! sehinggakan syaitan juga tidak mengetahui akan perasaan cinta Fatimah kepada Ali. Lalu, punahlah harapan syaitan utk membuat kacau bilau. Ah! ;)

Saya masih ingat akan bait-bait terakhir dalam cerpen
karangan saudara Aiman Azlan yg bertajuk Cinta SMS,
" bila cinta itu halal, lain rasanya..." sungguh menangkap hati sesiapa yg membacanya.
so, apa pun yg kita lakukan perlulah berpaksikan syariat Allah.. Ya Allah, jgnlah cintaku kepada makhluk dan dunia ini melebihi cintaku padaMu.. ameen.


maut


MAUT...
semua org pastinya merasai maut seperti apa yg telah disebut di dalam Al-Quran,

كل نفس ذائقة الموت

"setiap yg bernyawa pasti akan melalui mati yakni maut..."
namun, sudah cukupkah bekalan kita utk ke sana ?

cuba fikirkan sejenak tentang hadis ini..

Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud

"dan roh org yg beriman itu ditarik dengan perlahan-lahan sebagaimana air yg mengalir keluar dari bejana, manakala roh org yg tidak beriman pula disentap dan direntap seperti besi pembakar daging yg melekat pada bulu yg basah. "
tentu sakit bukan ? nauzubillah min zalik..

sudah tentulah kita ingin menjadi hamba Allah yg beriman dan bertakwa. No one wants to be fooled by the pleasant of this world.

so, let's think bout this together. insyaAllah we'll get the answer. Allah will surely grants His Mercy to those His servants who seek for His forgiveness.



~setiap amalan ikhlas keranaNya..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...