Saturday, March 17, 2012

ADA YANG SAMA.. =)


Assalamualaikum.. semoga semua jiwa dirahmati Allah s.w.t. hendaknya..

apa yang membuatkan saya menulis kali ini bukanlah kerana ingin menceritakan perihal hidup sesiapa hanya sekadar perkongsian, sedikit perkongsian ilmu. bukanlah ingin menujuk-nunjuk tentang kehebatan diri sesiapa samaada yg masih bernafas mahupun yg telah kembali kepadaNya.

sekarang banyak saya lihat post dan cerita2 dalam laman facebook begitu juga daripada kenalan-kenalan dan rakan-rakan mengenai kisah2 perkahwinan. perkara ini seakan-akan "trend" remaja zaman sekarang. jadi, saya pun mengambil sedikit ruang untuk menulis serba sedikit tentang perkara ini.


saya fikir semua wanita ingin seperti Khadijah yang menjadi wanita yg sangat beruntung kerana dipilih oleh Allah untuk menjadi pendamping, teman dan wanita yg paling disayangi oleh Rasulullah, kekasih Allah yg paling istimewa. begitu juga saya. teringin sepertinya walaupun bukanlah semulinya. namun, tetap berusaha menjadi bakal isteri yg solehah.. [insyaAllah! tp belum lg ade calonnye. =)]

sewaktu Rasulullah dilamar oleh Khadijah, Khadijah merupakan seorang janda kaya di Mekah sedangkan Rasulullah hanyalah seorang pemuda yg sederhana (ketika itu Rasulullah belum diutus menjadi Rasul)dan tinggal bersama bapa saudaranya, Abu Talib. ketika rombongan Khadijah datang untuk melamar Rasulullah, Abu Talib yg menjadi wakil kepada Rasulullah berkata: "sesungguhnya tiadalah setara jika dibandingkan Muhammad dgn Khadijah yg merupakan wanita terkaya di Mekah" semua terdiam. kemudian, dia kembali berkata, "namun, ada yg sama(sekufu) antara mereka berdua, Khadijah merupakan wanita yg kaya dengan harta kecantikan manakala Muhammad pula kaya dengan akhlak dan budi. oleh itu, maka nikahkanlah mereka. "

p/s: kepada kaum adam di luar yg merasakan mempunyai kekurangan yg mungkin menyebabkan dirinya membatalkan niat untuk memperiisterikan seorang wanita yg dirasakan "lebih" berbanding dirinya. Ketahuilah sesungguhnya "ada yg sama" yg mampu menjadi pelengkap antara kalian. =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...