Monday, August 9, 2010

setelah sekian lama...

sudah lama tangan ini tidak menari di atas papan kekunci komputer usang yang dah berusia lebih kurang 6 thn ni..(bila la nak tukar yg br!!lepas SPM kot..)

setelah peristiwa itu, aku seperti sudah hilang semangat..entah kenapa diri ini terasa sangat malas untuk melakukan rutin harian seperti biasa..nasib baik la ada kawan-kawan dan mak yg tak putus-putus memberi semangat..lepas satu, satu dugaan menimpa[sedih la pulak=( ]


pertama:

tanggal 11 april, abah dah tinggalkan aku dan mak..
aku sekarang ni tinggal dengan mak aku sajala..masa aritu ramai kawan2 aku dan cikgu2 yang datang..aku sangat berterima kasih kepada mereka..sebab tanpa mereka aku rasa aku tak dapat berdiri teguh dan kukuh seperti sekarang..aku memang mengaku waktu mula abah pergi aku tak ada semangat langsung...adilla, kawan baik aku sejak tingkatan satu, dia pun datang dari jauh semata-mata nak menziarahi aku waktu hari abah meninggal..sampai hari ini aku tak dapat lupa perkara tu..dia pernah cakap kat aku :"qhoirun, aku tau hang kuat, kalau akula jadi hang mesti aku tak sekuat hang..."kata-kata tu masih melekat di fikiran aku sampai sekarang..
kawan-kawan yang lain pun turut sama hadir..wani kawan baik aku,za(kawan sejak darjah 1), minah(kawan sejak darjah 1 jugak), wani abu hassan, madi, amalina, jah dan ramai lagi..serta semua kawan-kawan batch SIXTENS:KEJORA yang sangat cakna...
yang paling mengejutkan aku, muhaimin dan faris turut hadir pada masa tu.
mereka berdua dah jadi kawan baik aku sejak darjah 6..aku tahu mereka lelaki tapi aku tidaklah seperti mereka yang lain yang menggunakan istilah "kawan" untuk melindungkan perkara maksiat di sebalik perkataan tersebut(berkawan dengan lelaki).bagi aku , mereka sentiasa ada,semasa aku susah dan senang..mak aku dan keluarga aku memang ada bau-bau bacang dengan keluarga mereka berdua...kiranya keluarga kami memang dah mengenali antara satu sama lain(tp bukanla bermaksud menghalalkan yang haram;)

sesungguhnya jasa semua kawan-kawan aku takkan aku lupakan sampai bila-bila Insha Allah..segala kata-kata semangat dan dorongan daripada kalian amat bermakna buatku..

.:terima kasih semua yang hadir dalam hidup ini walaupun seketika.:
.:abah, abah sentiasa dalam hati ini..meskipun abah kini dah jauh di sana; Al-fatihah...:
.:semoga roh abah tenang di sana.:
.: hanya Allah sahaja yang mapu membalas budi kalian.:

kedua:

popong, kucing aku..hilang entah kemana..tidak juga pulang-pulang..
erm..macam manala keadaannya sekarang..

.:cerita ni selingan sahaja..=).:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...